i luv ilmu

Isnin, 5 September 2011

Menguap menurut ajaran Islam.



Menguap?. Apakah yang dimaksudkan dengan menguap?. Menurut kamus dewan edisi keempat menguap bermaksud membuka mulut lebar-lebar dan mengeluarkan nafas disebabkan mengantuk dan lain-lain. Kajian ada mengatakan bahawa menguap berlaku semasa kita dalam kandungan lagi. Terdapat beberapa bahagian tubuh badan kita yang bertindak balas semasa menguap. Apabila menguap mulut kita akan terbuka, semasa ini tulang rahang akan jatuh atau turun yang akan menyebabkan udara masuk melalui mulut seberapa banyak yang mungkin. Sehubungan itu, udara yang masuk melalui mulut tadi akan memenuhi ruang dalam paru-paru. Di bahagian ini berlaku pertukaran gas iaitu gas karbon dioksida dalam badan akan dikeluarkan manakala gas oksigen akan diserap masuk ke dalam sel darah merah dan di hantar ke seluruh tubuh badan agar semua sel-sel dalam badan kita dapat berfungsi dengan efisien. Selain itu, otot luar interkostal akan mengembang dan diaphragma ditolak ke bawah disebabkan menampung kandungan gas oksigen yang masuk dalam sistem pernafasan.
 Menguap memang nikmat. Siapa yang berani menyangkal?. Apakah yang menyebabkan kita menguap?. Tetapi tahukah anda, masih banyak misteri yang belum terungkap di sebalik itu. Misalnya pertanyaan paling sederhana, mengapa manusia menguap?, masih mengundang beragam jawapan. Ertinya, belum ada kesepakatan di antara para ahli saintis. Ada yang mengatakan bahwa menguap itu disebabkan oleh kekurangan dan kelebihan zat asam arang di dalam darah. Ada juga yang mengatakan bahawa menguap merupakan tindakan spontan dari sistem tubuh untuk menghilangkan perbezaan tekanan udara pada kedua-dua sisi gegendang telinga. Menguap juga merupakan gejala yang menular. Melihat, menulis atau membaca tentang gejala menguap juga akan menyebabkan seseorang menguap. Diperkirakan, pusat menguap berada di otak dan semua pergerakan untuk menguap diatur dari sana.
Menurut agama Islam pula, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (r.a), Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (SAW) bersabda,“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah dengan mengucapkan “Alhamdulillah”. Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakan saudaranya yang bersin dengan menyebut “Yarhammukallah” maknanya ialah semoga Allah memberi rahmat kepadanya. Manakala menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)
 Sedarkah selama ini dalam kita menguap dan bersin, sebenarnya Islam telah ada suatu garis petunjuk yang perlu kita ambil tahu mengenainya?. Sesungguhnya Allah ada berfirman dalam hadis Qudsi yang mafhumnya berbunyi “Siapa yang lebih sibuk megingati-Ku iaitu berzikir daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia akan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon”. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “bersin  adalah suatu yang disukai oleh Allah, yang mana berbeza dengan perbuatan menguap tadi yang ianya adalah dibenci oleh Allah. Apabila seseorang itu bersin, maka dengan itu hendaklah dia memanjatkan pujian kepada Allah, dan kepada saudaranya yang mendengar saudaranya yang bersin itu, maka hendaklah dia mendoakannya”, lain bersin, lain pula menguap iaitu tatha’ub yang memberi maksud layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang akan menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap ‘ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
 Sesetengah orang apabila menguap, mereka tidak menutupi mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit. Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal. Nabi SAW juga selalu berlindung daripada sifat kemalasan dan unsur yang negatif.
Panduan yang diajarkan Islam kepada penganutnya adalah dengan menutup mulut ketika menguap. Ada udang disebalik batu. Sebenarnya  disebalik amalan  yang  mudah ini, terkandung rahsia yang besar. Rasulullah SAW menyuruh kita menutup mulut semasa menguap kerana banyak manfaat dan kebaikan untuk diri kita. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk ke dalam mulut yang terbuka.”.  (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129). Selain itu, Rasulullah SAW juga bersabda, maksudnya, "Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, maka hendaklah dia menahan menguap semampu mungkin, kerana syaitan akan masuk melalui mulut yang terbuka".
Orang yang menguap menutup mulut menunjukkan dia seorang yang bijak, kerana dia peka dan dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitaran dan orang disekelilingnya. Orang yang menguap dengan tidak menutup mulut, malah adakalanya berbunyi  menunjukkan orang itu bersifat malas dan tidak sensitif dengan persekitaran. Menguap dengan tidak menutup mulut dan mengeluarkan bunyi bukan sahaja tidak elok dipandang orang, bahkan perbuatan demikian memperlihatkan tanda kerendahan peribadi serta akhlak yang tidak baik.
Inisiatif yang selanjutnya adalah tidak mengeluarkan bunyi “haa” dan tidak meninggikan suara ketika menguap, Rasulullah SAW memberitahu kepada kita bahawa,  “Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah dari menguap dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)
            Secara ringkasnya, agama islam mengajar kita supaya berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat. Selain itu, meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat. Sebagai penganut agama Islam, kita tidak digalakkan mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap kerana hukumnya adalah makruh. Namun, kita disunatkan  ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah”, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”, serta mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan