i luv ilmu

Selasa, 7 Februari 2012

Sempena Kelahiran Junjungan Mulia:Selawat ke atas Rasulullah perintah Allah SWT.


Kenapa kita ucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW sahaja, sedangkan Nabi-nabi dan Rasulul-rasul yang lain kita hanya ucapkan selamat sejahtera?

Selawat ke atas Nabi SAW adalah perintah wajib daripada Allah SWT. Selawat ke atas Nabi-nabi yang lain tidak diperintah, cuma adabnya apabila kita menyebut nama mana-mana Nabi atau Rasul adalah elok kalau diucapkan selamat atau sejahtera ('Alaihi al-Salam).
Manakala apabila kita mendengar orang menyebut Rasulullah atau apa-apa nama baginda hendaklah berselawat ke atas baginda (Sallallahu alaihi wa sallam). Bagi mereka yang tidak mengendahkan selawat ke atas baginda digolongkan dalam golongan yang bakhil dan rugi serta macam-macam ancaman lain.
Maka ada beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi SAW berbanding Nabi-Nabi yang lain.

1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.

2- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lian.
Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).

3- Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.

4- Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.

5- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.

6- fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.

Ahad, 11 September 2011

Penggunaan Perkataan 'Salam'


Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis artikel yang sangat mengelirukan dan mengatakan penggunaan perkataan salam adalah salah, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya,
Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap…terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL…lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN “SALAM”.

Penulisnya menulis:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN “SALAM”

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:”Salam (selamat tinggal)”.

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬*ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ‘ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! ” (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, “salam” bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.





Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ*ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa’ 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Selamat sejahtera kepadamu!” Ia berkata: “Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu”. (Al-Hijr 15:52)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

“Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! ” (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

“Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”. (As-Saaffaat 37:109)

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)




“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud “SELAMAT TINGGAL”?







Jenaka Guru Dengan Murid




Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu "W.TAUFIK WWW".
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
...

Cikgu Ajoi : "Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?".
Taufik : "Saya Cikgu..." (Taufik menjawab & berdiri).
Cikgu Ajoi : "Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?".
Taufik : "Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..".
Cikgu Ajoi : "Takpe-takpe Taufik,cakap jer..".
Taufik : "Baik Cikgu , nama penuh saya ialah...Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh...".
Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu "BKBKBDB DIAN".

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab "saya DIAN Cikgu...".
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.
Cikgu Ajoi : "Dian ada abang di sekolah ini?".
Dian : "Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3."
Cikgu Ajoi : "Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?".
Dian : "Baik Cikgu, nama panjang saya ialah...Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN"

Cikgu Ajoi :@$%&#^%







Al-Quran Pemberi Syafaat Di Akhirat


Lelaki Kacak bersama Jenazah.






Hadis yang Menarik
Rasulullah S.A.W bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah,...... 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.' Cerita ini sekadar perkongsian .......kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat




tempat yang akan menjadi kediaman kita suatu hari kelak.








Sentiasa Bersyukur Kehadrat Ilahi




Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap & rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.





8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

11.untuk rungutan ketika sedang menyelesaikan assignment yang ditugaskan pensyarah kerana itu bermakna kita masih diberi peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran dan menuntut ilmu.



12.untuk rungutan ketika ternampak dicermin telah tumbuh satu jerawat diwajah kerana itu bermakna kita masih lagi dikurniakan nikmat penglihatan oleh Allah untuk menghayati kebesaran-Nya.

13.untuk kekesalan & kekecewaan dalam percintaan pabila cinta yang ditunggu-tunggu dari manusia tidak kunjung tiba kerana itu bermakna Allah ingin mengambil kita kembali dari terus-menerus lalai & leka bercinta dengan manusia yang mengecewakan dalam memegang janji & amanah.

BERSYUKURLAH JIKA UJIAN TERASA MERASA MENGHIMPIT DIRI KERANA KETAHUILAH BAHAWA DIRI MASIH DIUJI KERANA DIRI MASIH DISAYANGI OLEH ILAHI DARI TERUS-MENERUS HANYUT DI ZAMAN KEHANCURAN INI

7 Golongan Yang Diuji Allah

firman Allah SWT yg bermaksud:

''Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan itu sebagai menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalannya." (surah al-mulk:2)

Dalam satu hadith Rasulullah SAW, baginda menarik perhatian umatnya bahawa ada 7 golangan manusia yg sentiasa diuji ketahanan daya juang mempertahankan komitmennya terhadap agama dalam kehidupannya itu:

1. Pemimpin

setiap pemimpin mestilah sedar bhw dirinya sedang diuji oleh Allah.Namun jika dirinya sendiri tidak dipimpin oleh pimpinan iman maka corak kepimpinannya yg tdk amanah,rasuah dan menggunakan apa sahaja cara utk kekal memimpin akn memusnahkan diri sendiri.

2. Pemuda yg membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.

3. Seorang lelaki yang hatinya sudah terpaut dengan masjid.

4. Dua orang lelaki yang membina persahabatannya kerana Allah SWT.






5. Seorang lelaki yang berjaya mempertahankan imannya walaupun ia digoda oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang menawan.





6. Seorang lelaki yang menyembunyikan sedekah jariahnya sehingga ia tidak diketahui oleh orang lain.



7. Seorang lelaki yang bersendirian bermunajat kpd Allah SWT lalu mengalirkan air matanya penuh penyesalan dan akur kekerdilannya di hadapan allah SWT.

mudah-mudahan Allah SWT akan kekalkan kita dalam perjuangan bagi menegakkan dan mengekalkan keimanan dalam diri dan keluarga serta kita diberi kesedaran bhw kita sedang diuji iman kita semua.mudah-mudahan kita semua diberkati dan dipelihara Yang Maha Esa..amiin..




Jangan Jadi Seperti Ayah


Sudah berbulan lelaki ini terbatuk-batuk. Batuknya tidak mengira siang atau malam. Sudah puas dia berubat tapi tidak juga sembuh. Kalau dulu batuknya dua atau tiga kali sehari. Tapi kini sudah dua bulan tanpa henti. Nafasnya kini berbau amat busuk, lebih busuk dari bangkai.

Dia melihat giginya. Gigi pula kuning dan berkarat. Dia menganga mulutnya. Ah gusinya amat hitam dan berkarat. Dia menjilat bibirnya. Ah, bibirnya merekah bagai terbakar. Tangannya terketar ketar. Dia melihat beberapa batang jarinya sudah hitam akibat gangren.

Dia memandang ke arah jari kakinya yang juga dijangkiti gangren, hitam dan berbau busuk. Setiap hari dia berulang alik ke hospital. Doktor yang merawatnya mengesahkan dia mendapat kanser paru paru. Sebab itulah nafasnya berbau busuk seperti bangkai dan dia asyik batuk berpanjangan. Doktor mengesahkan paru parunya sudah rosak teruk. salah satu paru parunya perlu dibuang. Kuman kanser sudah merebak. Dia termenung.

Doktor tidak ada pilihan. Paru paru kirinya perlu dibuang. Selepas itu beberapa batang jarinya yang sudah kehitaman terpaksa dipotong. Jika tidak kuman akan merebak ke seluruh anggota badannya. Selepas jari tangan, beberapa batang jari kaki pula terpaksa dipotong. Kalau tidak dipotong kuman akan merebak. Nyawanya dalam bahaya.







Akhirnya setelah dibedah dibuang sebelah paru paru, dipotong jari jari tangan dan jari jari kaki, nyawanya masih mampu bertahan. Batuk batuknya pula sudah mula berkurangan. Tapi dia mendapat khabar buruk. Jantungnya pula tersumbat. Ah, lelaki itu tidak ada pilihan. Akhirnya dia terpaksa menjalani pembedahan jantung pula. Selepas keluar dari hospital, lelaki itu disorong dengan kerusi roda.

Dia menangis. Selama ini dia menyangka segala penyakit yang dihidapinya sekarang hanya akan berlaku kepada orang lain. Bukan si perokok sepertinya. Sambil disorong kerusi roda oleh si anak, lelaki ini bepesan. "Jangan jadi macam abah! beritahu si ayah". Si anak mengangguk sambil meresat air mata ayahnya.