i luv ilmu

Ahad, 11 September 2011

Jangan Jadi Seperti Ayah


Sudah berbulan lelaki ini terbatuk-batuk. Batuknya tidak mengira siang atau malam. Sudah puas dia berubat tapi tidak juga sembuh. Kalau dulu batuknya dua atau tiga kali sehari. Tapi kini sudah dua bulan tanpa henti. Nafasnya kini berbau amat busuk, lebih busuk dari bangkai.

Dia melihat giginya. Gigi pula kuning dan berkarat. Dia menganga mulutnya. Ah gusinya amat hitam dan berkarat. Dia menjilat bibirnya. Ah, bibirnya merekah bagai terbakar. Tangannya terketar ketar. Dia melihat beberapa batang jarinya sudah hitam akibat gangren.

Dia memandang ke arah jari kakinya yang juga dijangkiti gangren, hitam dan berbau busuk. Setiap hari dia berulang alik ke hospital. Doktor yang merawatnya mengesahkan dia mendapat kanser paru paru. Sebab itulah nafasnya berbau busuk seperti bangkai dan dia asyik batuk berpanjangan. Doktor mengesahkan paru parunya sudah rosak teruk. salah satu paru parunya perlu dibuang. Kuman kanser sudah merebak. Dia termenung.

Doktor tidak ada pilihan. Paru paru kirinya perlu dibuang. Selepas itu beberapa batang jarinya yang sudah kehitaman terpaksa dipotong. Jika tidak kuman akan merebak ke seluruh anggota badannya. Selepas jari tangan, beberapa batang jari kaki pula terpaksa dipotong. Kalau tidak dipotong kuman akan merebak. Nyawanya dalam bahaya.







Akhirnya setelah dibedah dibuang sebelah paru paru, dipotong jari jari tangan dan jari jari kaki, nyawanya masih mampu bertahan. Batuk batuknya pula sudah mula berkurangan. Tapi dia mendapat khabar buruk. Jantungnya pula tersumbat. Ah, lelaki itu tidak ada pilihan. Akhirnya dia terpaksa menjalani pembedahan jantung pula. Selepas keluar dari hospital, lelaki itu disorong dengan kerusi roda.

Dia menangis. Selama ini dia menyangka segala penyakit yang dihidapinya sekarang hanya akan berlaku kepada orang lain. Bukan si perokok sepertinya. Sambil disorong kerusi roda oleh si anak, lelaki ini bepesan. "Jangan jadi macam abah! beritahu si ayah". Si anak mengangguk sambil meresat air mata ayahnya.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan