i luv ilmu

Ahad, 11 September 2011

Mengelak Daripada Sihir



mengenal ciri-ciri sihir
Tanda Yang Dengannya Penyihir Diketahui?
Syeikh Wahid Bali berkata:Jika ditemui 1 tanda dari tanda-tanda berikut pada pengubat,maka ia adalah tukang sihir tidak diragukan lagi.
Tanda tersabut adalah:
Ia akan menanyakan nama pesakit dan nama ibunya.
Ia akan mengambil salah satu barang si pesakit seperti baju, sapu tangan, baju kapas dan sebagainya.
Meminta seekor haiwan dengan sifat tertentu untuk disembelih dengan tidak disebut nama Allah. Kemungkinan melumur darah pada pesakit atau membuangnya di tempat yang jauh.
Menulis azimat.
Membaca jampi atau mentera yang tidak difahami.
Memberi penangkal kepada pesakit yang didalamnya terdapat huruf atau nombor.
Ia memerintahkan pesakit untuk mengasingkan diri dari manusia selama beberapa waktu dalam sebuah ruangan yang tidak dapat dimasuki matahari.
Ia memberi pesakit beberapa benda yang harus ditanam.
Ia memberi pesakit kertas-kertas yang harus dibakar dan diasapkan.
Ia membaca kumat-kamit ucapan yang tidak dimengertikan.
Terkadang penyihir memberitahu kepada pesakit namanya dan nama daerah asalnya serta masalah yang membuatkannya datang kepada penyihir tersebut.
Ia menuliskan kepada pesakit huruf-huruf Muqatha’ah di dalam suatu kertas (sebagai penangkal) atau di dalam sebuah piring yang dibuat dari porselin putih dan memerintahkan pesakit untuk mencairkannya dan meminumnya.
Jika kamu telah mengetahui bahawa seseorang tersebut adalah penyihir, maka janganlah kamu termasuk dalam ucapan Rasul SAW: Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal lalu ia mempercayai apa yang di katakannya, maka ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad. (Sahahih al-Jami’ 5939)

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin),

Baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan…Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas…………………..

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

Semoga penerangan ini bermanfaat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan