i luv ilmu

Selasa, 14 Jun 2011

Al-Quran Dan Hadith

Wahyu Pertama




wahyu yang pertama yang diturunkan adalah 'iqraq'...ini membuktikan bahawa agama islam sangat menitikberatkan ilmu pengetahuan.Ilmu adalah punca segalanya.Dengan mempelajari ilmu secara mendalam kita akan dapat menjawab segala persoalan yang mengaburi pemikiran kita.Jika difikirkan kembali tanpa ilmu,kemewahan dan kemudahan serta kemajuan masa kini mungkin tidak dapat dinikmati manusia sejagat.







Oleh yang demikian dapat dikonklusikan bahawa ilmu membentuk peredaran zaman dan bukanlah peredaran zaman yang membentuk ilmu.Ilmu juga dapat mengajar kita untuk membezakan antara yang hak dan batil.Sudah terang lagi bersuluh kebejatan moral mascapada disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan belia masa kini mengenai impaknya terhadap agama,bangsa dan negara.Terutamanya agama ISLAM yang mengajar penganutnya supaya mencari ilmu "sesungguhnya menuntut ilmu itu fadhu a'in bagi setiap muslim.

Bertaqwalah kepada Allah s.w.t, dengan sebenar-benar erti taqwa, iaitu dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi apa jua larangan-Nya, kerana dengan ketaqwaan sahajalah kita dapat mencapai tahap kemuliaan serta ketinggian di sisi Allah s.w.t, sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Hujurat ayat 13:
mafhumnya:


"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu, sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal" 



Bangkitlah wahai saudaraku daripada tidur yang menghanyutkan dirimu,sedarlah akan kepentingan menuntut ILMU.



Seribu empat ratus empat puluh lima tahun dahulu, wahyu pertama diturunkan oleh Allah s.w.t kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Ketika tersebut Rasulullah s.a.w sedang beribadat seorang diri di gua Hira, di luar kota Mekkah. Ia berlaku pada malam ke tujuh belas bulan Ramadhan. Inilah yang kita kenang sebagai Malam Nuzul Al-Quran.

Wahyu pertama yang diturunkan adalah perkataan 'Iqra' atau 'Bacalah!'.  Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu bagi orang Islam. Bacalah! Dengan pembacaan akan bertambah ilmu. Dengan bertambahnya ilmu, kehidupan seseorang akan bertambah baik, dunia dan akhirat. Orang yang berilmu akan tetap dihormati walaupun dia itu miskin. Orang berilmu mendapat tempat yang mulia disisi masyarakat.

Saidina Ali karramallahu wajhah berkata bahawa perbezaan antara ilmu dan harta itu tiga. Pertama: Ilmu menjaga kita sedangkan kita terpaksa menjaga harta. Kedua: Ilmu bertambah apabila dikongsi sedangkan harta berkurangan apabila dikongsi. Ketiga: Ilmu tidak boleh dicuri sedangkan harta boleh dicuri.

Itulah kelebihan-kelebihan ilmu. Akan tetapi sayang sekali, masih ada segolongan dari masyarakat kita yang tidak mementingkan ilmu. Mereka lebih suka membelanjakan harta mereka untuk hiasan dan hiburan daripada membelanjakannya untuk membeli buku pelajaran dan mengikuti kursus-kursus. Malah ada sebahagian dari mereka yang sanggup mengarahkan anak-anak mereka untuk berhenti sekolah atas sebab kekurangan wang. Atau menyuruh anak mereka agar tidak meneruskan pelajaran mereka dan sebaliknya keluar bekerja. Akan tetapi apabila dilihat rumah mereka, kita akan dapati alat-alat hiburan dan perabut-perabut yang mahal-mahal. Dimanakah kepentingan mereka? Adakah dengan rumah yang cantik dan perabut yang mahal akan menjamin kebahagian kehidupan mereka dan anak-anak mereka?


Sekiranya umat Islam masih lagi tidak sedar akan pentingnya menuntut ilmu sepanjang hayat, dari lahir hingga liang lahat, masyarakat Islam akan terus ketinggalan dibelakang masyarakat-msaysarakat lain. Mereka yang tidak menghargai ilmu sesungguhnya belum lagi menghayati Islam sepenuhnya, kerana Islam adalah ugama yang menitik-beratkan ilmu.




Ilmu dunia akan dapat menjamin kebahagian kehidupan di dunia. Ilmu akhirat pula dapat menjamin kehidupan di akhirat. Dan sebaik-baik ilmu adalah ilmu Al-Quran. Rasulullah s.a.w bersabda: 



Ertinya: Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya.


Dengan ilmu kita akan memperolehi kekayaan,NAMUN,dengan kekayaan kita tidak boleh sama sekali untuk membeli ilmu......Renung-renungkanlah...

Isnin, 13 Jun 2011

Bangkitlah Wahai Saudaraku...

sedarlah bahawasanya kiamat itu semakin hampir....bangunlah dari tidurmu yang lena....